Sunday, March 14, 2010

 Ada satu kisah..
Pada satu hari disekolah,seorang murid bertanya kepada gurunya..ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar : cikgu,macam mana kita nak pillih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?
Guru    : Ok. Kamu ikut ape yang saya suruh.kamu pergi ke padabg. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. dah ambil rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas.
 Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,iada sehelai rumput pun di tangannye. cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang di pilih?
Pelajar : Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.memang ade banyak yang cantik,tapi cikgu kata yang paling cantik,maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang,saya x jumpa pun rumput yang paling cantik.
Guru  : ya itulah jawapannya.
"MAKNANYA,APABILA KITA TELAH BERJUMPA DENGAN SESEORANG YANG KITA SAYANG, JANGANLAH KITA MENCARI LAGI YANG LEBIH BAIK DARI ITU. KITA PATUT HARGAI ORANG YANG BERADA DI DEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA. JANGAN KITA MENOLEH KE BELAKANG LAGI KERANA YANG BERLAKU TETAP DA BERLAKU. SEMOGA YANG BERLALU TIDAK BERULANG LAGI. 
 
INGATLAH ORANG YANG PALING KITA SAYANG ITULAH YANG PALING CANTIK DAN PALING BAIK."