Monday, June 4, 2012

cinta

*Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka berhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran..

*Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

*Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

*Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

*"sayangnya kekasih mungkin boleh membahayakanmu,tapi sayangnya sahabat akan menyelamatkanmu."

*"teman adalah aset yang sangat berharga.maka carilah teman yang boleh menyegarkan semangat keislaman kita,teman yang boleh diajak diskusi saat kita perlu berbincang,teman yang bisa menghibur hati saat kita berasa sedih,dan teman yang selalu ada disaat kita memerlukan."

Ustaz Mohd Kazim Elias kata~
"Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan"



IMAM MUDA Asyraf kata~
"Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t"



**semoga kita dapat menambahkan cinta kita kepadaNya dan bertemu dengan orang yang mencintai kita keranaNya..^^