Friday, February 25, 2011

bila hati dah x keruan

adoi2..ak da xtau nak kate pe da ni..result da nk kua..cool pon da xbleh da..hati ni pon da xbleh nk tenang..eh,same je ngan xcool ye x??haha..ha,ni ar..ble hati da x keruan macam2 bole berlaku..eden bukn nk kato apo..aish..ape pye bhse ni..ah,lantakla..mls nk pk..aaaaaa!!..~mengapa ini semua harus berlaku,apakah ini semua kerna diriku.~..ha,tgok,,an da start nk nyanyi plak..tyme2 cmni ar sume da xleh nk pk..otak ku blank dan seterusnye akan menjadi blur..hm..pe nk post arini ea..pk2 (trademark jimmy neutron)..hoho..pengaruh kartunla plak dah..hm..nk cite sal mimpi ar..sbanye,da due kali ak mimpi amek result..yg 1st result dpt 4A n bakinye xtau r bpe..tpi,yg pleknye tyme uh,,bleh plak ak tgok result syamin dlu..then,minx kat ckgu yg ak nk tgok sume result kawan2 ak bleh x..haha..cg bg beb..pas2,tbe2 je..anis,bgun!!..solat subuh..laa..xsempat nk sambung mimpi..
baru je plan nk tgok result orang len..haha..xpe2..solat punye pasal,ak bgun ar..pas2,wat rutin cam bese..xleh nk tdo tyme pgi coz t pening,,melainkan lau ak mang tdo let tyme mlm uh,,kompom ar ak sambung tdo an..haha..ha,mimpi yg second plak..tyme 2 sonok ar..dapat result bez..tpi,xde r dpt straight..just 10A..n ade 2B..ape yg due 2??..aiyoo..baru nk berangan bnde uh btol2..tpi,lau da smpi 12 sub uh,pe yg btul nye??haha..so,bolehla plak..dlm mimpi 2,ak pk2,yg sebenanye bukn 10,tpi,9..mimpi punye r syok..tbe2 je terbangun..xtaula coz pe..da 2,susa nk smbung blek pulak uh..so,pe agi..g r usha2 fb..xpon,kcu ana..xpon,usha blog..ha,t lme2 tertido ar..haha...abez..
nk smbung agi??..bole2..yg kli ni,bukn ak yg mimpi,tpi,ank buah ak..haha..xsgke..tyme mlm uh,ak xtido agi..kol bpe ea..kol 12 kot..tga sonok2 msj orang,tbe2 je..GEDEBUK!..mak oi..haha..ade orang jatuh katil..haha..ak rse cam nk gelak gile2 tyme uh..apela yg budak ni mimpi..ank buah ak tdo ngan ak.so,be mse dye nk tdo,ak kne r ade gak kt dlm blik..apela budak ni..penakut tol..boleh plak dye bawak kucing tdo skli..
pe dye pk kucing 2 patung mainan??..ak da ar anti ngan kucing yg dekat2 ngan ak..tpi,kdg2 2 ok je..kot..ha,lupekn pasal kucing..ble ank buah ak da bgun dri jatuh katil uh,,ak pon tgok je r an..dye baring sblh ak,pas2 tgok ape yg ak wat kt lptop ni..pas2,tau2 je da tdo..haha..xtau pon pe yg dye mimpi..sje nk cte je..kahkahkah..
ha,ble ati da xkeruan,tyme bwk moto pon bole d pk nye mcm2..ak klu bwk moto uh,agk2 cm lju,da bayangkan da yg body moto uh sume tercabut..haha..xpon tyme nga melintas,tbe2 je kne langgar ngan lori,then dye seret jauh2,then,ebi pon jerit nme ak..hoho..drama la plak..aiyoo..ape ni..ha,dahla..kesimpulannya,yg berlaku ini hanyalah mainan pikiran yg xkeruan gara2 result n dunia yang da makin hampir dengan usia tuenya..kalau ade yg xphm 2,phm2kn jela ea..biasala,,bila hati xkeruan an~

Thursday, February 24, 2011

oh no!

ha,knape cheerz plih tjok ni??nk tau??sebabnye.................
my face!!argh!!..macammana boleh jadi camni...itam beb..cheerz wat kje smbilan..hehe..saje2 ar nk bagi ilmu kat budak2 kt SAMDO uh..sedap x nmenye??tau x ape uh??bukn syarikat..haha..2 nme kola yg da diingkatkan..Sekolah Agama Menengah Sg Hj Dorani..ha,xknla nk sebut pnjang2 2 an..nme skola cheerz pon pendek je..kadang2 orang ckp dak simpang je..xpon,dak sliss..hm..mybe,nme SLISS 2 xde r terkenal mne..tpi,ak suke denga..huhu..ha,berbalik kepada cerite tdi..cheerz sbnanye ngaja kawad je kat skola samdo uh..

yela,dripada dok uma,bek g wat amal ckit..kadang2,terasa cam membelot kat skola plak..haha..da r sliss mang berjiran ngan samdo..huhu..skang ni,da due minggu kot ngaja dorang..ok ar gak..mule2 uh,mang susa ar,,coznye,dorang xpena belaja kawad pon..so,phm2 je ar..ala,cpe2 yg xpena kawad pon,mang akan rase kekok..so,xheranla..skarang ni,,ak dapat rase,walaupon bukn ak yg berkawad mcm diorang,ak plak yg kne tempiasnye..aaarrrggghhh!!!..itam..berbelang beb..muke cheerz da ar xleh sangat kne panas..elergic dan sensitif..tpi,bila da senang gelap ni,,senangla balik untuk memutihkannya..ramai gak yang mengatakan perkara 2..hmpe bleh wat an..da hakikat,kne r trima yg xsemua orang ni putih..n sume orang berbeza an..so,cool nisah,cool..da r tdi ade yg tego..ah,tidak..orang kampung ku..n kawan skola rendah ku..n dye juge kawan skola menengahku..hadoi..tengah syo2 bawak moto uh,tbe2 nmpk dye..so,ak nk sorok mke pon xleh,t jd sombong plak,,so,ak senyum je r..tbe2 dye kate.."nisah,hitam.."..huhu...pe nak wat??ak rse cm nk kikis je kulit muke ni..haha..nseb baik mgu depan xde latihan coz dak2 uh ade exam..so,sminggu lpas 2 baru ade blek..hope,sempat r nk putihkan blek..haha..




Tuesday, February 22, 2011

Rahsia itu amanah

Bila saidina Anas selesai dari menjalankan tugasan di rumah Rasulullah, beliau akan terus pulang ke rumahnya. Suatu hari setelah balik lewat dari rumah Rasulullah, ibu Anas bertanya kepadanya : Apa kamu buat tadi?. Beliau menjawab : saya disuruh oleh baginda atas suatu urusan. Ibunya bertanya kembali: Urusan apa?. Anas enggan menjelaskan urusan tersebut kerana beliau mahu menyimpan rahsia urusan peribadi Rasulullah lalu berkata : Alah jalan-jalan sahaja. Jawapan Anas itu membuatkan ibunya gembira lalu berkata : Baguslah kalau begitu, jangan diceritakan dengan sesiapa urusan peribadi Rasulullah.(riwayat muslim)


Begitulah keadaan Abu Bakar yang langsung tidak memberi respon terhadap pelawaan Umar agar menikahi anaknya. Sebaik sahaja Rasulullah menyatakan hasratnya untuk menerima Hafsah sebagai isterinya, barulah Abu Bakar menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuat Umar terkilan tapi beliau berdiam diri dengan pelawaan Umar kerana ingin menjaga urusan peribadi Rasulullah. (Bukhari).

Menjaga rahsia peribadi orang memerlukan kekuatan hati dan minda. Tidak semua orang berjaya mengebumikan rahsia peribadi orang lain dengan selamat di dalam hatinya. Ada di antara manusia yang terbakar jiwanya jika mendapat rahsia peribadi manusia lain dan mahu segera dimuntahkan pada telinga-telinga yang ingin mendengarnya.

Menyimpan rahsia ada beberapa jenis. Antaranya memang diberi pesan oleh tuan punya rahsia. Ada juga rahsia yang tidak perlu dijelaskan oleh tuan punya rahsia kerana ia adalah urusan peribadi.

Dalam sebuah hadis ada menyatakan seseorang yang mendengar rahsia orang lain, lalu memandang kiri dan kanan bagi menunjukan betapa ia amat menjaga rahsia rakannya yang sedang menyampaikan hal-hal peribadinya(Tarmizi).





Pepatah ulama ada mengatakan :

Barangsiapa tidak memelihara rahsianya maka rosaklah urusannya. Barangsiapa menjaga rahsianya maka ia pasti dapat menguasai urusannya.

Selemah-lemah manusia ialah mereka yang lemah dari memelihara rahsianya.

Mereka yang bijak menyimpan rahsia maka segala kebaikan di tangannya.

Saidina Ali : Rahsiamu adalah tawananmu. Apabila kamu menceritakan rahsiamu maka kamu jadi tawanannya.

Ada beberapa perkara yang perlu dirahsiakan, terutamanya mengenai urusan kerja hingga berjaya dilaksanakan. Ia adalah demi menyempurnakan hajatnya. Rasulullah pernah bersabda :

Carilah bantuan dalam menyempurnakan hajat keperluanmu dengan merahsiakannya, maka sesungguhnya setiap nikmat itu ada yang berniat hasad terhadapnya (Tabrani dan Baihaqi).

Urusan keluarga merupakan hal-hal peribadi. Ia menjadi keutamaan bagi menjaga harmoni institusi rumahtangga. Bahkan menceritakan hal-hal hubungan kelamin kepada orang lain adalah ditegah oleh Rasulullah dalam sabdaannya :

Seburuk-buruk manusia pada hari qiamat ialah seorang lelaki menyetubuhi wanita atau sebaliknya kemudian menceritakannya(Muslim).

Menyembunyikan keaiban orang lain adalah jelas dituntut di dalam Islam malah Allah memberi ancaman di dalam Al Quraan terhadap orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain dengan azab yang pedih. Firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang gemar menyebarkan keburukan orang-orang beriman adalah bagi mereka itu azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Allah sahaja yang mengetahui betapa pedih azabnya dan Sedangkan kamu tidak ketahui akannya (An Nur : 19).


Bagi mereka yang melakukan dosa dan kesalahan, hendaklah mendiamkannya dan jangan disampaikan pada orang lain. Malah mereka yang menceritakannya pada orang lain tanpa ada rasa bersalah sepatutnya takut dengan ugutan Rasulullah ini , sabdanya :

Semua umatku akan diberi kemaafan melainkan orang-orang yang bongkak dengan dosa-dosanya, iaitu mereka yang melakukan kesalahan di malam hari dan kemudian Allah telah sembunyikan kesalahannya itu pada keesokan pagi, Tetapi ia berkata : Tahukah kamu bahawa aku melakukan demikian demikan semalam. Sesungguhnya pada malam itu Allah telah tutup keburukannya akan tetapi ia berpagi-pagi membuka tutupan Allah ( Bukhari dan Muslim ).
dipinjam daripada= http://ustfuadosman.blogspot.com..

Maksud Tarikh Lahir Anda..

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir:
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
 6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Friday, February 18, 2011

menghitung hari


bila result SPM da hampir keluar,korang sume kene get ready untuk hadapi semuanye.Segala usaha yang telah korang lakukan mase jawab periksa dulu akan dapat penilaiannye sama ada ianya baik ataupun yang sebaliknye
walaupun jantung berdegub dengan laju ,korang tetap kne hadapinye gak..bengang ke bila orang sebut pasal result yang hampir keluar ni?relaks,memang dah ade macam2 tarikh yang wujud sal result SPM yang da nk kua ni..jangan bengang,ak tau semua mesti cuak beb
korang kena ar be cool ckit macam aku walaupun dalam hati xde siapa yang tahu betapa cuaknye kita yang sebenar. Relaks,result SPM tetap akan keluar kalau kita menangis pon.So,aku nak kata kat sini,kita mesti be cool je.Kita da buat yang sebaiknya masa jawab exam dulu an,so,kite tinggal tawakal,doa,n cool beb.
kalau masa da amek result tu tibe,dan korang tak dapat ape yang korang nak,korang janganla kecewa.Kita semua xnak benda macam tu jadi kat kita kan.So,kita kena ingat,segala yang jadi kat kita ada hikmahnya.Mungkin kita akan lebih berjaya pada masa akan datang.Segala yang berlaku ada hikmahnya kan?
dan,kalau korang yang da berjaya capai target yang korang dapat tu,jangan pulak nak berbangga2.Beringatlah sedikit,segala yang telah diberikan itu pasti ada hikmahnya.Mungkin korang xjawab exam dengan betul2,tapi,Allah mentakdirkan korang akan berjaya.Kenapa?supaya korang dapat berfikir dengan lebih positif kenapa Dia mentakdirkan korang berjaya pada masa ini. Korang patut bersyukur dan berubah ke arah yang lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan k?
So,good luck my friends!Hope we will get the best result in SPM 2010

Wednesday, February 9, 2011

5 cara memilih sahabat~

    • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan kita.
    • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,dia suka menghitung-hitungkannya(menyebutnya)
    • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,ia suka menerimanya dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
    • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
    • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata,ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
    "Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak berusaha mencari sahabat,
    tetapi orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat."