Thursday, December 30, 2010

woman n butterfly

anne

kyra
tidakku sangka..rupa-rupanya,ak ade kwn yang mempunyai fav yang sama...kyra..kitorang minat butterfly..tapi,dye lagi advanced dalam minat bnde2 macam ni..dye minat flowers,pink colour..memang nampak keperempuanannye ar..ak minat macam2 2 je..tapi,memang rama-rama ni ar serangga yang 1st ak minat..xtau kenapa..tapi,rama-rama ni tinggalkan banyak kenangan dalam hidup ak sejak form 4..mungkin,sbb someone that i've kept in my heart and have gone after this spm..but now,we never n ever contact each other..because i've done a very large mistake to that person..sometime,i feel very guilty about my mistake..but,the person also never explain what i've done to the person self..so,i think the best way is,i must stop contact the person n give the person life like always without me..eceh..speaking..huhu..luahan otak je..haha..mainan hidup..

kembali kepada topik tadi,,rama-rama..ha,sejak tahun ni ar,ak tau yang kyra suka rama-rama..huhu..cute sgt...xsangka gak..rupa-rupanya,wanita dan rama-rama ade mksudnye tersendiri..bcela bwh ni..wahai kaum wanita..huhu..



RAMA-RAMA DAN WANITA


Lihatlah rama-rama, ia cantik.. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria.. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.





Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.. Lihat apa yang melekat dijari-jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawet..

RAMA-RAMA IBARAT WANITA.. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tetapi harga diri dan maruah telah mula tercemar..Begitulah wanita.. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya;harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi suaminya..
 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.. Dia terpaksa membebaskan dirinya daripada kepompong.. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.. Sedangkan sepanjang  berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci..
Sulitnya untuk bergelar rama-rama.. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.. 
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa..   

    Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar.. Indah dipandang, tetapi diri sendiri menanggung beban.. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.. Hak anda ialah memelihara kehormatan.. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan..

        Kalaulah rama-rama itu tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini.. Sebab setiap kali ia mengibarkan  sayapnya, ia ssentiasa terdedah pada bahaya.. Namun, rama-rama tidak pernah tahu ia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia.. Jika anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda.. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda disisi lelaki.. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda..Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.. Setelah warna-warna itu hilang anda akan dibiarkan..


 Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan dihormati.. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda.. Cinta itu terjemahanpada kasih saying dan belaian sayang penuh ikhlas.. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan rama-rama.. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang..~~                                        

No comments: