Tuesday, September 13, 2011

Kekasihku~..

Kekasihku,
hati ini amat memerlukanMu..
hati ini amat merindukanMu..
hati ini berharap agar dapat mencintaiMu dengan lebih mendalam..

Kekasihku,
mengapa harus aku yang menghadapinya?
mengapa harus aku yang melaluinya?
mungkin aku alpa dan lalai dengan segala yang ada disekelilingku..

Kekasihku,
maafkanlah aku,
andai banyak kesilapan yang telah dilakukan..
andai banyak kata-kata kasar yang telah dikeluarkan..
sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah,dan tidak sempurna..

Kekasihku,
sesungguhnya aku amat merinduinya juga,
peliharalah dirinya untukku,
jadikanlah dia yang terbaik untukku..
tetapi,sekiranya dia bukanlah jodohku,
pertemukanlah dirinya dengan yang lebih baik dariku,
dan pertemukanlah diriku juga dengan yang baik sepertinya..

*tetapkanlah dihatiku ini untuk benar-benar menjadikan Kau kekasih hatiku..dan tetapkanlah dihatinya juga untuk menjadikan Kau kekasih hatinya..

No comments: