Friday, October 28, 2011

find yourself 1st

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

find yourself 1st.yez.cari!
pe maknenye 2?
maknanya kat cni,,kita kena mencari dan memahami diri kita dahulu..

*apakah tujuan hidup kita didunia ini?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
(Az-Zariyat:56) 

*mengapakah kita dicipta sebagai manusia didunia ini?

Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah dibumi dan dia mengangkat(darjat) sebahagian kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas(kurnia) yang diberikan kepadamu. (Al-An'am:165)
 
Kemudian Kami jadikan kamu sebagai pengganti-pengganti(mereka) dibumi setelah mereka,untuk Kami lihat bagaimana kamu berbuat.
(Yunus:14)

*bagaimanakah kita nak mencapai tujuan hidup kita yang sebenar?

وَابْتَغِ فِيْمَا ءَاتىك اللهُ الدَّارَ الأخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا، وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الفَسَادَ فِى الأرْضِ، إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِيْنَ (القصص: 77)
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. 
(Al-Qoshos:77)

...kadang-kadang,bila kita bersendirian,
pernahkah kita fikirkan semua soalan itu?
marilah kita kembali kepada tujuan asal kita,
marilah kita sama-sama menilai dan mencari diri kita sebelum kita merehatkan diri (tidur)
adakah kita sedar bahawa kita telah banyak melakukan kesalahan?
adakah kita betul2 hidup dengan tujuan sebenar itu?
sedarkah kita,bahawa Allah menciptakan kita didunia ini untuk beribadah?
bersyukurlah!Allah telah menghidupkan kita didunia ini dengan pelbagai nikmat yang diberikan..
jadi,kita kenalah bijak menggunakan nikmat Allah yang hanya dipinjam oleh kita itu.
segala apa yang kita lakukan didunia ini,akan dihitung!
walaupun kejahatan yang kecil..
Allah itu Maha Adil..
kalau kejahatan yang kecil pon dihitung,apatah lagi kebaikan..
Allah itu Maha Penyayang..
kerana apa?kerana..
kalau kita berniat baik pun,Allah akan memberikan ganjaran..tetapi,kalau kita berniat jahat,Allah tidak akan menghitungnya selagi kita tidak melakukannya..
sedarkah kita?bahawa kita ini amatlah beruntung jika kita hidup dengan melakukan perkara-perkara yang disuruhNya,dan meninggalkan laranganNya?
sama-samalah kita renungkan kembali..

No comments: